Amalan2 Pendinding Diri…Insya Allah

Published November 16, 2009 by Qiss FendiYana

16 November 2009

Sebelum nih banyak kali rumah aku kena masuk pencuri…Tp Alhamdulillah setiap kali bala ini berlaku aku masih di bawah lindungan Yg Maha Esa…Allahu Akbar!!…Ramai yg bertanya apakah amalan yang sering aku gunakan???? Sekadar berkongsi dgn teman2 yg selalu kena malapetaka pencuri nih….terutama teman2 yg berada di kawasan Black Area… Kalu dok Vista Angkasa pun kena sentiasa pagar rumah dgn pagar yang x nmpk nih….Insya Allah pencuri pun x jumpe cr grill rumah kita…Sekadar renungan bersama…Tp aku paling suka baca Lau Anzalna….Seperti saranan drp Darussyifa’…Di mana apabila membaca ayat itu, kita akan dilindungi oleh 70,000 malaikat berbanding membaca ayatul Kursi yang hanya dilindungi oleh 2 malaikat…Apapun itu sume kuasa Allah…Kita hanya mampu menyeru penjaganya hanya Allah yg akan makbulkan segala permintaan…Amin… 

A. Bacalah setiap pagi dan petang

1. Al-Ikhlas – menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga;

2. Al-Falaq – dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala perkara yang tidak diingini;

 3. An-Naas – sama seperti A-Falaq;

4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah – 255) – pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;

 5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) – untuk keselamatan;

6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) – apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.

B. Tiap-tiap malam

1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) – Hati Al-Quran, pembacanya akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya.

2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) – pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga.

3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)

 4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) – pahala membaca seumpama separuh Al-Quran.

5. Al-Ikhlas

6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) – dibaca pada malam hari akan diberi pahala beribadat separuh malam.

7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) – diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.

 C. Sebelum tidur

 1. Al-Fatihah – pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;

2. Bismillah – dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat;

3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) – diberi syufaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;

4. As Sajdah (juz 21 surah 32) – diberi naungan di hari Kiamat; 60 darjat daripada surah lain;

5. Al Kaafirun – menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari azab neraka.

5 comments on “Amalan2 Pendinding Diri…Insya Allah

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: