Bidan Tujuh

Published October 27, 2009 by Qiss FendiYana

26 October 2009

Inagtkan Problem dah settle ble dah bagi baby Qis makan Nestum….Rupa-rupanya tidak!!! Dia still macam tuh jugak…MAsuk hari nih dah hari ke-empat….Kesian aku tgk keadaan dia..mata dah merah…bengkak sebab x cukup tido..baby selalunye kena tibo 18 jam…Baby Qis hanya tido waktu malam jer…Dalam 8 jam may be…

 Mak pun suggest g jumpe ustaz..mana la tau kalau2 bole sembuh….Ustaz kata dia tengah leka bermain mainan di alam baby dia….dia terhibur dok tengok benda tuh….Masalahnye kesian kt baby la….dah renjis air penawar/Yasin, baby still macam tuh jugak….bagi minum air penawar pun sama jugak…sume x jalan…last2 aku tipon abah kt Kelantan ckp masalah ni kat dia…Actually baby Qis sejak lahir lagi dia mmg macam tuh….selalu kena kacau dgn benda halus…Ada la seorg yang pandai dlm bab2 macam nih kata, kena buat satu perkara yang ble lepaskan baby daripad asume benda2 mengarut nih..Actually ia bukan mengarut sbb ia mmg terjadi sebenarnya…Sekiranya datuk nenek moyang kita mengamalkan ilmu2 tertentu di masa dahulu, maka seluruh keturunannya akan terkena tempias itu…Dan itu la yang berlaku pada aku…Selagi pertalian itu tidak diputuskan maka selagi itu adat kepercayaan akan berterusan….Bidan Tujuh..Itulah namanya…Macam mengarut kan? Itula yang aku kata dulu….Sekarang aku kean terima hakikat yang sememangnya ia wujud….

Cara utk leraikan sume benda nih adalah dgn mengadakan upacara “Pelepas”…Mmg susah nak dilakukan di masa sekarang nih sebabnya kebanykan bidan kampung yang dah tua2 tu dah meninggal…pelapisnya x der la plak…Ye la…Saper nk belajar ilmu 2 macam nih…Baik belajar math ker, science ker..etc la….Akibatnya merana la generasi yg muda macam aku nih….Kena jugak cari tok bidan utk halu benda2 nih….Setakat nih yang termampu kami sekeluarga lakukan dgn bacaan surah2 terpilih dan air yasin jer la..Fendi daripada nothing at least dah tau nk buat beras kunyit halau pelesit tu bole la…mmmmm…mmg dugaan yang berat nk dipikul…

Walau apa pun kami sekeluarga tgh mencuba lagi nih..mencari bidan2 terakhir yang masih lagi menyedut udara kurniaan Ilahi ni…Aku plak masih risau mengenangkan Baby Qis yang jauh dimata yang tgh berjuang melawan hidupan di alam lain nih….Semalam selepas kena beras kunyit Baby Qis terus tido senyenyaknya…Maklum la daripada pagi sampai ke lewat malam masih lagi x tido..Dok asyik main dgn kawan di alam lain tuh….

Teringat lagi sewaktu aku masih kanak2, selalu jugak la aku kena berubat ni, sekarang giliran penyambung warisan aku palk…Baby Qis…Bersabar la sementara Tok Bah,Tok Ma,Nenek, Tok Wan, Mummy & Daddy cari orang pandai utk ubatkan Baby yer…..

4 comments on “Bidan Tujuh

  • salam, kami dua beradik pun ada masalah yg sama…..kami risau sangat…tak tahulaa mcm mana nanti…..harap2 baby u ok yaaa…moyang kami pun dr kelantan…..ni baru tadi tahu…..takut ada bimbang ada……

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: