Lama Mengalami Haid???

Published November 16, 2009 by Qiss FendiYana

Sebelum nih ble ustazah ckp pasal haid, nifas, wiladah,istihadhah dan sebaagainye kita mesti wat x tau jer kan….Dalam kepala otak kita sentiasa set up “wat pe nk tau, lgpun bukan kita yg  mengalaminya”. Aku pun fikir benda yang sama….x faham term tuh pun x per sbb x pernah alami…Once dah kena baru tergagau gagau nk cari makna sebenar dan aper yg perlu dilakukan?

Sekiranya kita especially girls if mengalami haid yang lama dgn tempoh melebihi 15 hari, pernahkah terlintas di dala fikiran aper yg telah terjadi?? Ape yg perlu dilakukan? Risau? Berdebar? Huh sume ader…Rasa bagai nak pecah kepala otak nih dok pk kenapa…Ditambah plak dgn period pain yg bagai nk tercabut urat saraf tuh…

Beginilah penjelasan serba sedikit yang aku baru pelajari drp org yg bijak pandai dlm hal2 nih:

Pertama, Imam Hanafi berpendapat bahawa masa haid paling cepat adalah tiga hari tiga malam. Sedangkan masa paling lama adalah sepuluh hari sepuluh malam. Menurut pendapat ini, bila ada darah yang keluar dari alat kelamin wanita dalam waktu kurang dari tiga hari tiga malam atau lebih dari sepuluh hari sepuluh malam, maka darah tersebut tidak dikatagorikan sebagai darah haid, melainkan darah istihadhah. Darah istihadhah adalah darah penyakit yang tidak menghalangi seorang wanita dari kewajiban solat dan puasa. Ertinya, bila seorang wanita mengalami hal itu, maka dia masih harus tetap menunaikan solat dan menjalankan ibadah puasa.Pendapat ini didasarkan pada sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abu Umamah, bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Masa haid paling cepat untuk perawan ataupun janda adalah tiga hari, sedangkan masa paling lama adalah sepuluh hari.” (HR. Tabarani dan Daruquthni)

 

Kedua, menurut Imam Syafi’i dan Imam Hanbali, masa haid paling cepat adalah satu hari satu malam, masa standard (pada umumnya) enam atau tujuh hari, sedangkan masa paling lama adalah lima belas hari lima belas malam. Bila lebih dari itu, maka darah yang keluar dari kelamin wanita tersebut dianggap sebagai darah istihadhah. Pendapat ini sesuai dengan perkataan Ali bin Abi Thalib ra., “Masa haid paling cepat adalah satu hari satu malam, dan bila lebih dari lima belas hari maka darah yang keluar menjadi darah istihadhah.”

 

Ketiga, menurut Imam Malik, masa haid paling cepat adalah sekejap saja. Oleh kerana itu, bila seorang wanita mendapatkan haid meskipun hanya dalam sekejap itu, maka puasa, solat dan thawafnya batal.

 

Keempat, tidak ada batas minima ataupun batas maksima haid. Jadi, selama keluar darah atau selama masih ada darah, maka darah itu dianggap sebagai darah haid. Ini kerana wanita yang mengalaminya tidak dibolehkan solat dan puasa. Pendapat ini merupakan pendapat Ad-Darimi yang diikuti oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Pendapat ini didasarkan pada firman Allah swt., “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu suatu kotoran”. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci.” (QS. al-Baqarah [2]: 222). Dalam ayat ini, yang dijadikan Allah sebagai batas akhir larangan adalah kesucian, bukan berlalunya sehari-semalam, ataupun tiga hari, ataupun lima belas hari. Hal ini menunjukkan bahwa illat (alasan) hukumnya adalah haid, yakni ada atau tidaknya. Jadi, jika ada haid berlakulah hukum itu dan jika telah suci (tidakhaid) tidak berlaku lagi hukum-hukum haid tersebut.

Jadi kita sebagai pengikut Ajaran Imam Syafi’e kena la ingat period x bole lebih drp 15 hari..Kena pegi jumper Dr.if dah period lama sgt..nnt Dr. akan bagi ubat utk hentikan pendarahan tuh..Sebabnyer bahay utk kesihatan…Nnt Dr.akn kasi ubat Transamin…Mkn ubat selama 3 hari ..If x hilang jugak tuh kena makan ubat lain plak…Kena kasi berenti jugak..T kesian rahim kita asyik kena pressure jer…Silap hari bulan kena period pain yg sakit gle…then kena DnC plak…Sakit tuh!!!  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: