Penipuan Panggilan Berkenaan Credit Card..Hati2 Semua

Published December 2, 2009 by Qiss FendiYana

2 December 2009

Untuk Dikongsi Bersama… Jangan x percaya!! Penyangak skg dah bijak gle…macam2 cara yang x disangka2…Ingatkan macam real rupanyer segalanya adalah tipu belaka.. Sebelum nih adik aku sendiri pernah kena tipu gak…Modus operandi adalah anda adalah salah seorang pemenang Petronas Craze Cars..Ala yg menang mercedes tuh..Mau x terlompat ko ble dpt tau menang kereta..Mers plak tuh…So diaorg nih mintak detail kita…Tup2 duit dalam akaun lesap kononnyer nk transfer duit yg kita menang Rm 1 juta bersama sebiji Mers tuh…Ha jgn x percaya ko..Aku la org yg teman adik aku g  Balai Polis Kota Bharu tuh…dah time aku nk akad nikah esoknyer…ni plak kisah seorang rakan di Pulau Pinang dah terkena dengan penipuan ini dan beliau telah detailkan modus operandi geng ni…baca dan ambil iktibar semua..berikut adalah extract dari cerita beliau..

Salam semua…..emmmm…baru balik je dari Balai Polis Bayan Lepas untuk buat laporan…so rasa elok jugak kalau dikongsikan pengalaman dan sebagai ingatan pada rakan rakan lain mengenai modus operandi terbaru di pasaran…
dah beberapa kali saya dapat elak beberapa skim2 yg dicurigai ni..tapi tu la last last pada tanggal 19 Nov kena jugak sekali…

Alkisah bermula begini……

Rinng…..ring…..(phone saya berbunyi pada jam 11.15 am – no ditalian no KL)…

Apabila diangkat saja…terdengar suara auto voice mail……

“we are waitig for your approval of RM3000 transaction…bla bla…mesin tu dok cakap apa tah…pastu…dia kata press 1 for approval…press 2 for cancel and press 9 to talk to OFFICER….aku rasa pelik la…padahal time tu aku tgh meeting kat opis…

Next – saya press 9….and dialog berikut muncul….”Good morning sir..this is Mr XXX from Am Bank credit card…So saya tanya dia…Apasal call saya mintak approval since saya tak ada ANY credit Card dgn AM Bank….then later this Mr XXX kata give me ur IC and pls hold the line…time tu aku pun dgr la lagu2…pastu dia online balik..dia kata Sir….kita sedang tunggu aproval you untuk pembelian barang kemas di sebuah kedai emai terkenal di area ampang ….wahhh..aku kat penang @ bayan lepas time tu…so aku sound dia…its not me…i tak dak kat situ and repeat statement kata i tak dak credit card dgn AM Bank…so dia terus kata…Sir you ada applied for AM Bank Gold Card pada 21 Sept 2009 di Plaza OSK Ampang..(siap bagi no kad kat saya)…I kata gile kot…mana time raya nak pi plaza OSK buat kad..21 tu kan raya….pastu dia kata..sir your outstanding amount is RM4753….so saya panik la jugak…..

so tricky part tu datang kat sini (hati hati)….dia trus kata sir ini kes fraud card..I’ll transfer you to Bank Negara dan sila buat laporan..

So dia terus transfer – panggilan dijawab oleh seorang lelaki cina…Bank Negara boleh saya bantu….so saya kata..yes…i di transfer terus dari Am bank untuk buat laporan…then dia kata ok bagi no hp you and we will call you dalam masa 5 minit…

Selepas 5 minit…saya dapat panggilan..sungguh fasih mamat ni berkata kata….Encik…sila cakap dgn jelas dan jawab segala pertanyaan saya..segala maklumat akan dirakam sebagai bukti siasatan dan pertuduhan di mahkamah..fuh..mcm betul ..kat belakang boleh dgr suara mcm org tgh keja..so saya tak syak apa lagi…

So masa soal jawab ni lah semua maklumat berkaitan telah diperolehi oleh pihak ni….lama jugak dkt 15 minit…siap beleter kat aku jgn pi pally card kat petrol station la shopiing complex la..bla bla

so last word..dia kata…jgn heboh perkara ni dalam masa 3 ke 5 hari kerana dikhuatiri menggangu siasatan….dia kata tunggu surat dr pihak bank negara..

pagi ni saya call bank negara nak tanya pa hal surat apa pun tak dak..bila operator angkat..saya kata sambungkan pada pegawai UNIT PEMALSUAN KAD KREDIT..dia terus kata “En…encik ditipu kerana tidak wujud unit ni di Bank Negara….alamakk……so ada satu officer handled call..dia kata ni satu penipuan..dan minta saya buat report dan batalkan segala maklumat kad kredit dan akaun yg telah diperolehi semasa sesi soal jawab sbelum ni…

Saya terus ke bank bank berkaitan….sedikit kerugian tapi mujur semua selamat lagi…akhirnya kad/ akaun berkaitan telah dibatal kan buat sementara…

Kepada kawan2..hati hati la..ni reserved tactic…dia saje gelabahkan kita dulu dgn kononnya wujud akaun palsu……

so kes dah disiasat..besok IO( Investigate Officer) panggil lagi gi jumpa

sekian….renung2 kan…..

2 comments on “Penipuan Panggilan Berkenaan Credit Card..Hati2 Semua

  • Dear Fren,

    Saya pun hampir terkena hari ini 24/12/2009 kes yg sama story mory pun yg sama sebijik cam crita kat atas. Start from voice call from Am bank….bla..bla….
    Luckly dlm kelam kabut tu saya terfikir macam something wrong sbb org bank negara tu sruh saya pegi dekat any ATM kios and tunggu panggilan dier….
    cepat2 saya call ambank and confirm memang tak de transaction credit card and oustanding amount under nama saya….
    Apa lagi kelam kabut la cancel smua card ATM & credit card….
    Tapi dier punyer cara bercakap tu macam real, fasih dan dah macam di train utk tipu org, kurang ajaar betul…..tak pasal jer kene wat card lain…huhu..
    Sekian…..kene lebih berhati2 next time…..

    • Isnin lepas sekali lagi ada cubaan menipu yg hampir2 adik aku kena lagi…nasib baik dia kol aku bgtau pasl benda nih…Kesnyer ada org kt Komuter Serdang tuh bg flyers dan kena isi form kt situ jugak utk product survey..Keesokan harinyer adik aku dapat kol kata menang voucher dan kena tuntut di companynyer la..Nama company tuh Ginko aper ntah..aku pun dah lupe…Lepas g ofisnyer kt Taman Danau Desa tuh, kena la buka cabutan bertuah tuh then utk redeem hadiah tuh kena bayar RM1600 dulu…Hadiahnyer punyer la gempaq, cash money RM50k dan percutian ke Paris lagi..Mau x teruja ko…So adik aku kol tny pasal benda nih…aper lagi Si Cina Penipu tuh brief la aku pasal program dia tuh..Katanyer siap ada iklan kt Utusan Malaysia lagi..Hari2 aku dok baca paper Utusan kt Ofis nih x pernah plak ternampak iklan yg cina tuh claim..Sah2 la nk kena tipu tuh..Terus aku suh adik aku blah ajer..Dia nk marah ke aper ker itu lantak dia la…Janji kita lepas!!!

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: