Nafkah..Renungilah!

Published January 8, 2010 by Qiss FendiYana

8 January 2009

Sedikit renungan buat suami-suami yang isteri bekerja:

Adakah kita memberi nafkah $$$ kepada mereka? Atau kita mengambil pendekatan mudah, mereka mempunyai pendapatan sendiri maka tidak perlu memberi apa-apa. Betul…. segala pembelanjaan rumah ditanggung suami tetapi nafkah khusus untuk diri isteri sering dilupakan.

Ia berlalu begitu sahaja tanpa pun ada perbincangan antara suami dan isteri. Bagaimana rasa hati seorang isteri?

Pandangan Nisah Haron

Salam Prof dan para pembaca yang budiman,

Terlanjur Prof sudah menyentuh isu ini, izinkan saya ingin menambah. Dengan sedikit latar undang-undang yang pernah saya peroleh dan juga pengalaman menjadi peguam syarie yang tak berapa lama (8 tahun), saya banyak kali berhadapan dengan situasi begini dengan anak guam.

Isu isteri bekerja, maka suami tak perlu bayar nafkah sudah lama berlaku. Ramai isteri yang redha dan mengambil pendekatan seperti Puan Eda di atas. Benar, isteri boleh bekerja apabila suami izinkan. Tetapi, pendapatan isteri itu khusus untuk dirinya (suami tak boleh ‘pau’ gaji isteri).

Namun, itu tidak menggugurkan tanggungjawab suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Walaupun suami sudah beli barang-barang dapur dan keperluan rumah, itu masih lagi bukan nafkah diri.

Memanglah, adakalanya rasa serba salah hendak ‘meminta’ daripada suami, apatah lagi hendak menyatakan bahawa nafkah diri itu wajib ke atas suami. Suami akan guna alasan, “awak tu kan sudah bekerja” dan “barang keperluan dapur/rumah semua saya yang bayar”. Suami akan terus beralasan lagi bahawa ansuran rumah, kereta dan sebagainya juga dia yang bayar (misalnya).

Hukum tetap hukum. Nafkah untuk isteri tetaplah hukum juga. Oleh itu, isteri boleh bantu menggugurkan tanggungjawab suami itu (kalau tidak, nanti suami berdosa), dengan mengambil, contohnya, RM50 dan katalah, “bang, ini saya ambil buat nafkah bulan ni. nak beli lipstick” (contoh saja)

Ertinya, boleh ambil sedikit daripada wangnya – buat syarat. Lalu, tanggungjawab suami untuk beri nafkah pada bulan itu gugur.

Ada hadis yang menyebut (saya tak ingat matannya dan nama sahabat). Apabila wanita itu mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya yang kedekut, Rasulullah bersabda, ambillah jumlah yang perlu untuk nafkah diri dan juga untuk anak daripada harta suaminya.

Para isteri pula, usahlah minta melebihi daripada kemampuan suami. Kalau suami bergaji kecil, mungkin boleh ambil RM20, nak beli buku (contohnya). Tapi, buku itu haruslah untuk dirinya. Bukan untuk orang lain. Bukan untuk beli barang untuk suami semula. (kalau beli, dan kemudian niat hadiah kepada suami, itu lain cerita).

Wallahu a’lam.

2 comments on “Nafkah..Renungilah!

  • memang betul,tetapi saya ingin tahu bagaimana sekiranya permpuan bergaji besar.Minta nafkah dengan suami untuk shoping,lelaki pula hanya mampu bayar kereta,isi minyak,dan tidak mampu membeli pakaian atau apa sahaja sebagaimana perempuan. Setahu saya suami kena pakaikan isteri sebagaimana dia pakai,makan,tidur,tempat tinggal. Bagaimana pula, suami hanya menyaksikan isteri membeli-belah pakain atau apa sahaja kerana si suami tidak mampu kerana gajinnya. Isteri pula merungut tentang nafkahnya?

    • Betul si suami kena pakaikan sama seperti yg suami pakai dan sebagainya dan hendaklah mengikut kemampuan… Si isteri kena sedar nafkah yg dituntut itu adalah yang patut dituntut sahaja…Kalau sendiri dah mampu nk beli pakaian mahal kenapa perlu mendera si suami adakan sesuatu yang sukar diadakan…itu mengada namanya…Itulah perlunya ilmu dalam rumah tangga…si suami dan si isteri perlu berilmu dalam hal2 macam nih agar dua2 tidak melampaui batasan…Tapi sekali sekala si isteri meminta tuh haruslah ditunaikan….tunjukkan sedikit kasih sayang yang ada….Tapi kalau setiap bulan atau YES(Year End Sale) or mana2 sale itu bolehlah diberi nasihat…

      Secarit ilmu drp sy… Bole rujuk yang lebih arif

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: