Health Info-SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Published January 18, 2010 by Qiss FendiYana

18 January 2010

Aku terbaca satu artikel yang best dan berguna utk ibu2 dan bakal ibu di luar sana….Hayatilah:

“SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..( occupational stress ).
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.    Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.”

p/s:

Aku pun kekadang selalu jugak lambung2 bb sebab dah bosan asyik kaedah yg sama ajer apply kat bb.Skg baru tahu betapa bahayanyer lambung2 bb dan penggunaan buaian ni…Take note please!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: