Prolog ‘Apa Maknanya Semua ni?’

Published March 23, 2010 by Qiss FendiYana

Kelas Engineering SET Section 13

Kelas Elektronik III kali ini memang membosankan. Pensyarah kesayangan ramai Encik Taufiq sebijik sebijan macam mesin fotostat kat kedai fotostat Lela di Arked Meranti tu. Tekan butang ‘Start’ aje, terus ‘fotocopy‘ semua kertas yang diletak di dalam bekas ‘feed’. Siap kehabisan kertas lagi Apa yang tertulis di Slide Presentation tuh semua dibacanya termasuklah titik noktah sekali….What a machine?

Encik Taufik merupakan lecturer subjek Elektronik kegemaran kebanyakan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Beliau merupakan antara pensyarah yang murah markah dan sentiasa membantu pelajar di dalam tugasan-tugasan yang diberikan. Boleh dikatakan beliau seorang yang tidak cerewet di dalam tugasan dan pemarkahan. Ditambah pulak tahap kehensemannya memang terserlah. Nasib baik dah kahwin. Kalau tidak sudah pasti lagi ramai girls akan try Encik Taufik ni.Tetapi bagi aku semua pensyarah sama sahaja. Yang mengagumkan aku tentang seorang pensyarah adalah kebolehan beliau menyampaikan kuliah dan dapat difahami dengan baik oleh pelajarnya. Itulah yang membezakan kehebatan seorang pensyarah. Semestinya jenis ini yang akan menjadi favourite aku.

Aku mula menunjukkan tahap kebosanan yang melampau. Apa yang diajar sedikit pun tidak berkesan dan tak sampai ke otakku. Pendek kata, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Haram tak faham apa pun. Yang aku nampak di transparency hanya garis-garis melingkar, figura-figura dan simbol ohm (Ω) sahaja. Arus elektrik yang melintasi setiap lakaran garisan tu pun aku dah tak nampak. Semuanya semakin blur. Nampak sangat yang aku memang tidak pandai di dalam bab elektronik ini. Mau fail lagi la aku semester ni! Alahai anak omak.

Encik Taufik menunjukkan cara untuk meringkaskan litar yang berserabut itu. Yang aku nampak sama aje.Lukisan litar-litar itu masih lagi berserabut. Maka mata kuyuku mula layu menuju ke alam mimpi dan fantasi. Litar-litar yang berserabut ku nampak semakin lama semakin menghilang.Seperti hilang begitu sahaja. Jari jemari mula menari-nari melakar lakaran fantasi hidup yang aku impikan. ” Aku ingin diingati sebagai insan yang dicari-cari oleh setiap hidupan yang bernama MANUSIA. Seorang yang naif tetapi penuh keikhlasan. Tiada insan seumpama aku. Lembut namun sukar dilukai. Penyayang bukan untuk ditindas. Itulah aku!”

Tap. Segumpal kertas mengenai kepalaku.’Oo mak Meletop! Saper yg gatal tangan nih?’. Gamat satu seksyen gelakkan aku. “Dahla membuta di dalam kuliah siap bole ternganga lagi mulut tuh, tak control langsung’. Itulah Eddie geng kamceng aku. Cakap ikut sedap mulut ajer. Hakikatnyer dengan aku jer berani tahap Gaban cam tuh. Cuba dengan awek lain mau merah padam muka lidah kelu tak terkata. Aku cukup kenal perangai mamat yang seorang ni.

Jika diimbas kembali saat perkenalan aku dan Eddy memang messy. Kelam kabut hidup aku dibuatnyer. Perkenalan bermula sewaktu aku mendaftarkan diri ke Kelas Kokurikum Kompang. Kelas Kokurikulum wajib dihadiri oleh semua pelajar jurusan Elektrik Tahun 3 sebagai subjek elektif fakulti yang membawa dua kredit daripada kredit keseluruhan semester. Dua kredit ini sekiranya mendapat A+ tentunya menyumbang banyak kepada CGPA. Paling tidak boleh selamatkan diri daripada kena kick dari University Teknologi Malaysia (UTM). Begitulah pada hemat aku. Pandangan orang lain aku peduli apa? Bak kata Nabil Raja Lawak 2 Astro, Lu Pikir La Sendiri!

Pelajar dibenarkan memilih mana-mana kelab dan pasukan yang diminati. Aku semestinya akan memilih untuk sertai kelab. Aku tak cerewet pasal kelab janji boleh score sudah. Suzie yang cadangkan kepada kami untuk join kelas Kompang ni. Ini semua gara- gara senior mengatakan Kelas Kompang senang sangat nk score A+. At least adalah jugak subjek yang bole tolong repair CGPA nanti. Aku pun menurut saja lah nasihat si Suzie ni. Ye la kesian member sudah beria yang research pasal subjek baik punya macam ni terpaksalah folllow. Karang menyesal plak tak dapat score A. Actually Suzie is a good researcher.

Maka bermulalah kelas Kompang pertama yang aku hadiri bersama teman gila-gila aku tuh. Pengajar mengarahkan peserta memilih kompang masing-masing dan kami diminta untuk membentuk kumpulan dengan empat orang peserta bagi setiap kumpulan. Itulah arahan yang aku terima. Aku pun dengan semangat membara segera selongkar plastic bag yang penuh berisi kompang. Selongkar punyer selongkar ditambah plak dengan adegan tolak menolak, maka dapatlah apa yang aku cari. Macam la tak cukup jer kompang tuh. Padahal ada satu lagi plastic bag berisi kompang yang sama. 

Boys pulak selongkar plastic bag yang satu lagi tuh. Aku pun sajer je cuci mata tengok- tengok if ada guys yang melekat di mata turun ke hati ke? Saper tau? Maklum la antara kami bertiga hanya aku yang single mingle nih… Sedey tuh ble geng outing weekend dengan pak we, aku outing dengan girls, window shopping if dah tiba time sengkek or shopping if time tengah loaded. Lagipun aku dah target mesti punya pacar paling lewat pun final semester. Itu pak we mesti MARI!!! Aku ingat lagi tag line Raja Lawak kegemaran aku.Tapi aura Mamu tak MARI lagi da…

Dalam keriuhan boys berebut ambil kompang dan bentuk group, aku terperasan la ada sorang mamat nih yang nampak macam lone ranger je. Dengan muka ala jambu payung, segan- segan pilih kompang. Kemudian cuba mendekati kumpulan boys yang lain dengan harapan akan ada yang sudi offer dia join group diaorang. Setakat pemerhatian aku, mamat ni masih belum berjaya membentuk kumpulan atau menempel di mana-mana kumpulan.

Yang kelakarnya dia dapat kompang rabak wei. That is the best part. Aku and the geng pun gelak mengekek tak ingat. Disebabkan gelak ketawa kitaorang tuh la pengajar aka Cikgu Ramli suruh si mamat jambu payung nih join group kami. Biar benar Dol!!!

Memang benar la Dol! Maka bermulalah sesi berkenalan tanpa rela. Tak teringin aku nak berkenalan dengan mamat sorang nih. Aku terpaksa menukarkan Julia dengan Dol nih sebagai ahli kumpulan Kompang 7 Injit Semut seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ramli.Dol nih memperkenalkan diri sebagai Eddrisyam Abdul Malik. Course Sarjana Muda Elektrik majoring in Mekatronik (3 SEM). Ooo, budak mekatronik rupanya!. Asal dari perut. a.k.a orang Melaka. ‘Just call me Eddie’, katanya. Zetty plak sibuk dok renyih kat mamat jambu payung nih. Aku dah tau dah, ni mesti kes nak try la nih. Aku dah masak sangat dengan perangai mak cik sorang nih.Bukan bole tengok mamat handsome plus jambu skit. Aku stay cool aje. Belum kenal lagi, so why need to rush? Lagipun bukan taste aku jambu payung. Paling kurang si hitam manis Manggis ke?

Peringkat pertama perkenalan kami, aku hanya memandang Dol alias Eddie ni sebelah mata sahaja. Tiada banyak sangat keistimewaan bagiku. Dia hanyalah penyeri kumpulan Kompang 7 Injit Semut semata-mata. Itupun disebabkan sifat kelam kabut dan gabra pada girls. Dia memang gabra maut la. Aku jarang sangat usik Eddie. Mungkin kerana aku tak berapa ngam dengan dia kot. Kot la! Yang selalu dok kacau Eddie tentunya minah karat Zetty la. Suzie sah tak boleh masuk jarum cause pak we dia pasang spy everywhere. Memang tak ada chance la nak jadi ”Ulat bulu”. Rela jadi ulat buku lagi!

Setiap kali tiba kelas Kompang pasti Zetty akan rebut peluang ajak Eddie keluar ronda kampus paling koman la tu. Advance sikit Cik Zetty ni akan ajak keluar makan kat Benteng Skudai. Port favourite student UTM la tuh. Tp aku jarang sangat lepak kat sana sebab aku tak ada pak we pun nak ajak lepak kat situ. Apa ke maknanya aku nak lepak kat situ? Baik lepak kat library lagi bermakna.

Perkembangan persahabatan antara Zetty dan Eddie kian ketara. Zetty bukan main tangkap cintan lagi dengan si mamat Eddie ni. Semenjak dua menjak ni aku dan Suzie terperasan akan perhubungan dua insan ini semakin renggang. Aku pun belum ada masa terluang untuk siasat segala permasalahan yang terjadi. Lagipun bukan kerja aku nak jaga tepi kain orang. Tetapi disebabkan keretakan perhubungan ini bol menjejaskan prestasi kumpulan kompang 7 , terpaksalan eden masuk campur walaupun hakikatnya aku tak nak campur urusan rumah tangga orang ni. Rela bersendiri daripada jadi orang tengah or whatsoever. Janji Kumpulan Kompang 7 injit Semut boleh perform bila tiba Minggu 13 nanti. Jangan korang plak yang kena gigit semut sudah!

Hari demi hari berlalu, persengketaan antara Zetty dan Eddie makin teruk. Pada hemat aku, aku harus selesaikan masalah yang timbul ini. Itupun setelah aku dinasihatkan oleh Suzie supaya segera tutup kes Zetty dan Eddie bagi mengelakkan masalah di kemudian hari memandangkan Minggu 13 semakin hampir. Sedangkan kumpulan kami belum bersedia untuk membuat persembahan pada hari tersebut.

Minggu 13 adalah minggu terakhir untuk belajar dan menguasai alat muzik tradisional kompang. Kemuncaknya merupakan persembahan secara berkumpulan dengan mendendangkan lagu Injit Semut sempena nama kumpulan kami Kumpulan 7 : Injit Semut. Lagu Injit Semut merupakan lagu utama kumpulan kami dan diiringi oleh dua buah lagu pilihan sepanjang 13 minggu kelas kompang. Kami bersetuju untuk mendendangkan lagu ’Selamat Pengantin Baru’ dan ’Selawat Ke Atas Nabi’. Not-not pun belum hafal sepenuhnya lagi. Ini pulak nak campur hal-hal rumah tangga pulak. ‘Hello buddies, come on la, we have important thing to clean up!’.

Masa yang ditunggu akhir tiba juga. Kes gaduh-gaduh dan masam muka Eddie dan Zetty belum habis lagi. ’Aku tak kira, korang punyer hal korang bole settle kat luar. Aku nak we all ready to perform tomorrow nite with pride. Sedey medey tolak tepi dulu. Tangkap leleh korang buang jauh-jauh dulu.Not today! Hari ni kita ada tiga jam sahaja untuk training. Nak tak nak kita kena all out jugak kasi pecah punyer! Faham. Ini arahan aku sebagai ketua kumpulan korang! Kumpulan 7 : Injit Semut. Akhirnya meletup jugak lava gunung berapi aku yang terpendam selama 13 minggu ni.

‘Moga you all faham yang aku buat semua nih untuk kebaikan kita bersama. Aku pun nak korang sedar yang kita tengah berjuang di menara gading ni. Jangan lah terlalu alpa dengan keseronokan yang sementara ini. Aku tak sanggup melihat rakan sebangsa aku terjunam ke lembah yang mana korang takkan mampu bangkit lagi. Mengertilah teman!’, bisik hatiku ini. Adakah mereka mengerti perasaan sebegini? Pernahkah mereka mengukur diri mereka sendir dan membandingkan betapa jauhnya perbezaan mereka antara yang lain? Adakah kesedaran sebegini di dalam diri mereka? Terfikirkah mereka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: