Episod 1

Published March 25, 2010 by Qiss FendiYana

Lapangan Terbang Sandakan, Sabah

Aku dan Eddie tiba di Lapangan Terbang Sandakan jam 10 pagi menaiki pesawat Air Asia AK 5160. Penerbangan dari LCCT KLIA ke Sandakan yang memakan masa selama dua jam empat puluh lima minit begitu mengujakan aku memandangkan ini merupakan penerbangan pertama seumur hidup aku. Boleh dikatakan aku agak jakun jugak apabila merasai pengalaman menaiki kapal terbang. Bukan selalu dapat peluang sebegini. Maklumlah aku berasal daripada keluarga bertaraf sederhana yang hanya mampu merasa pengalaman menaiki bas sahaja. Paling adventure pun perjalanan pergi balik dari Johor Bahru ke Wakaf Bahru. Itu pun disebabkan aku dihantar belajar jauh di selatan tanah air. Jika tidak, harap naik bas aja la.Itupun jarang sangat . Bukan ada tujuan pun aku nak naik bas sentiasa. Nak kata selalu melawat saudara mara jauh sekali . Semua saudara mara aku berada di kampung.

Keputusan kami berenam untuk membuat kajian ke atas Pekan Sunyi Kinabatangan yang pada asalnya merupakan pekan yang maju bertukar wajah menjadi suram dalam masa tiga hari menarik minat kami untuk membongkar rahsia disebalik kejatuhan pekan tersebut. Idea ini bermula apabila Eddie terbaca satu artikel di dalam blog tulisan blogger tempatan  menceritakan serba sedikit tentang sejarah Pekan Sunyi Kinabatangan. Kononnya berlaku satu tragedi berdarah yang melibatkan kehilangan penduduk Pekan Sunyi Kinabatangan seorang demi seorang dalam masa tiga hari sehingga tiada lagi penduduk di kawasan tersebut. Jika ada pun sudah pasti mereka melarikan diri dari awal lagi. There is no survival!. Itulah ungkapan yang amat menarik minat kami sekumpulan untuk terokai misteri Pekan Sunyi Kinabatangan.

Rasa mual perutku masih lagi terasa. Inilah penangan skip breakfast. Aku memang jenis yang makan ikut suka, tak pernah ikut masa.Terasa lapar tentunya aku akan cari makanan di dalam beg sandang aku. Beg sandangku itu umpama poket doraemon. Mesti ada punyer apa yang aku cari. Disebabkan itulah teman-temanku lebih selesa memanggil aku ’Liya Beg Doraemon’.Lagipun aku tidak pernah mendidik diri sendiri untuk melakukan sesuatu mengikut jadual. Sememangnya aku senang melakukan apa yang terfikir di kepala tang tu jugak. Rimas kalau ada jadual, terasa macam budak sekolah rendah aja.

Perut aku semakin memulas-mulas minta untuk diisi. Masalahnya makanan di lapangan terbang sudah tentulah mahal. Kemungkinan besar penumpang adalah berpoket tebal. Mungkin juga peniaga terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi dan tempiasnya terkena kepada pelanggan. Entahla! ’Everything is costly and no money no talk’. Padaku itulah perkataan yang paling sesuai untuk menjelaskan keadaan dunia sekarang. Semuanya adalah birokrasi.

Maka terpaksalah aku menahan kelaparan sementara nak menunggu keluar dari airport yang bagai nak reban nih. Ditambah pulak pagi tadi sebelum bertolak ke lapangan terbang, aku terlupa mengisi bag pack aku dengan makanan dan segala gadget yang mungkin berguna untuk ekspidisi kitaorang kali ini. ’Macam mana mak cik bole lupa isi full loaded dengan jajan dan segala mak nenek makanan favourite aku tuh? Menyesal pulak tak double check bagasi aku nih!!!’, gerutu hatiku.

Eddie pula tengah melilau mencari gerai di sekitar airport yang menjual roti atau apa-apa aja yang bole disantap sementara menunggu Suzie, Dahlan, Zetty dan Kamarul tiba . Mereka berempat ni terlambat booking flight tiket, jadi terpaksalah naik flight yang berlainan. Rasanya mereka memang sengaja nak naik penerbangan yang berlainan untuk mengelakkan aku kacau daun la tu. Bukannya mereka tidak tau prosedur untuk menempah tiket penerbangan dengan syarikat pernerbangan Air Asia. First  come first serve. Lagipun aku sudah mengingatkan mereka untuk menempah tikat penerbangan lebih awal agar kami semua dapat berada di dalam pernerbangan yang . Ini semua bagi mengelakkan membuang masa menunggu yang lain tiba sama seperti yang berlaku sekarang.

Sebulan sebelum cuti semester enam bermula, aku telahpun mengingatkan Suzie supaya menepah tiket penerbangan awal memandangkan cuti sekolah pun bermula lebih kurang tarikh kami merancang untuk terbang ke Sabah. Cuti semester enam bermula hujung bulan April dan kami semua bersetuju untuk memulakan ekspidisi ini di awal bulan May. Pilih sahaja tarikh yang masih mempunyai tiket penerbangan ke Sabah. Lambat tak lambat, akhirnya kami mendapat tiket berasingan. Hanya dua tiket pada 10 May 2009 jam 7.15 pagi menaiki pesawat AK 5160 dan empat tiket lagi menaiki pesawat AK 5162 bertolak jam 6.15 petang dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sandakan 7.30 malam. Tu pun Suzie siap tempatkan aku dan Eddie menaiki penerbangan yang pertama. Mereka akan menyusul kemudian. Mau tak hangin satu badan aku sebabnya aku terpaksa menunggu mereka hampir dua belas jam . Itu pun sekiranya penerbangan tidak ditunda. Jika ditunda macam mana? Argghhh.

Eddie muncul dengan sebungkus roti Gardenia kosong dan dau botol air mineral. Roti kosong pun jadilah janji bole santap.perut nih dah tak tahan kepedihan dah. Siap menyanyi lagu ”Mak Minah’ nyanyian Kumpulan Triplenoize.

Amboi Mak Minah sayang

Mak Minah kaki temberang

Aduh indah Aduh lawa

Memerangkap diri beta

Air liuh meleleh tak dapat ketageh

Mak Hitam meleteh

Nasib baik perut aku sempat menyanyi berentak hip hop setakat itu sahaja. Kalau la si Eddie ni lambat tiba bersama roti dan air rasanya mau sempat habis satu lagu ‘Mak Minah’ perut ni berlagu. Lapar sangat.

Sewaktu menunggu bagasi, aku terperasan seseorang yang serupa dengan Adrianna, teman sekuliah aku. Seingat aku Adrianna pernah satu seksyen dengan sekali aja. ‘Kalau tak silap aku, tu Adrianna. Budak satu seksyen dengan aku dulu. Kelas Statistik. Ha ya la! Tap. Memang betul dia.Sah!’.Adrianna merupakan pelajar jurusan Elektrik Elektronik Tahun 3 (3 SEL). Dia menempel di kelas seksyen Elektrik Telekomunikasi (3 SET) semata- mata untuk menuntut dengan Profesor Zulkifli yang sememangnya pensyarah favourite daripada Fakulti Sains. Di mana ada Profesor Zulkifli di situlah para pelajar akan menumpu ke kelas beliau. Tahun ni amat bertuah untuk aku kerana Profesor Zulkifli dikehendaki mengajar seksyen 13 3 SET. Mau aku tak melonjak kegembiraan. Profesor kegilaan ramai ajar seksyen aku! Tapi yang tak bestnya mesti kelas aku akan sentiasa crowded dengan pelajar yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan Profesor Zulkifli.

Aku paling tak suka orang menempel macam tu. Masing-masing dah ada pensyarah sendiri tetapi masih lagi sibuk nak kacau kelas orang lain. Ini tentunya akan menggangu suasana pembelajaran disebabkan kepadatan pelajar yang melampau. Siap ada yang sanggup berkampung di luar kelas asalkan dapat dengar kuliah beliau. Letih la macam ni!

Konsentrasi sewaktu pembelajaran akan hilang disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah tahap kebisingan sewaktu kelas dijalankan memandangkan pelajar suka berbincang tentang pelajaran dan sebagainya.Selain itu suasana bilik kuliah akan menjadi kurang selesa disebabkan kepadatan pelajar. Tambahan sekiranya ada pelajar yang terlupa pakai deodorant  ataupun wangian sudah mula berkurangan disebabkan terlalu banyak mengejar kelas untuk dihadiri menimbulkan bauan yang kurang enak seterusnya mengganggu ketenteraman sewaktu sesi kuliah dijalankan. Pensyarah juga sudah tentu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajar yang berdaftar untuk berada di dalam kelasnya kerana ketidakupayaan pensyarah untuk melayan pelbagai soalan yang dilontarkan oleh pelajar.

Aku sempat berkenalan dengan Adrianna disebabkan dia diletakkan di bawah pengawasan aku di dalam kelas tutorial. Kelas tutorial bertujuan untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah menguasai subjek di bawah pengawasan mentor. Mentor adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sentiasa mendapat markah tertinggi di dalam ujian atau pun kuiz yang dijalankan. Tugasan yang dihantar juga mestilah mendapat pemarkahan yang tinggi. Dan aku antara mentor yang dilantik untuk mengajar mentee .

Sepanjang pengawasan aku, Adrianna adalah antara yang perlu diberi perhatian kerana kurangnya penguasaan beliau di dalam Matematik. ’Aku paling lemah subjek matematik, nasib lulus C6 time  ambil SPM hari tuh. Tak sangka jumpa lagi Matematik kat U ni!’. Itulah ungkapan Adrianna menceritakan tentang pengalamanannya belajar matematik. Kesian.

Sementelah ternampak kelibat Adrianna berlegar di hadapan Starbuck, aku pun mendekati dan menegur Adrianna. ’Hi yana! Tak sangka jumpa kat sini, Yana buat apa kat sini? Kalau tak silap, U kan orang KK kan?’sapaku sambil berkerut kening. ’Oo, I nak pergi melawat sepupu I . Dia nak kahwin 13 Mei ni, U pula buat ape kat sini? Sorang je ke? ’jawab si gadis genit ni. Aku pun menceritakan kedudukan cerita yang sebenarnya kepada Adrianna. Cerita tentang rancangan kami untuk mengunjungi Kota Kinabatangan, tentang mitos Pekan Sunyi Kinabatangan dan hubung kait ekplorasi kami dengan tugasan tambahan subjek Perhubungan Sosial yang perlu kami siapkan dan hantar seminggu sebelum semester baru bermula. Kami memang berpakat untuk mengambil subjek tambahan ini sebagai kredit tambahan di mana  ia dapat membantu di dalam CGPA nanti.

Pabila terdengar sahaja tentang Pekan Sunyi Kinabatangan terus terbuntang biji mata Adrianna . Aku tertanya-tanya kenapa. Adakah dia terlihat sesuatu yang aneh? Atau di sekadar terkejut dengan kesungguhan kami untuk mengambil subjek tambahan? Entahla. ’Eh, korang betul ke nak study pasal Pekan Sunyi Kinabatangan tu? Biar serius korang nih! Setahu aku, Pekan Sunyi Kinbatangan memang bernyawa. Nenek aku yang cerita lah. Semua orang kat Sabah ni mesti tau pasal cerita nih.Aku cadang kan korang batalkan sahaja ekspidisi ini’. Amaran pertama yang aku dengar tentang misteri Pekan Sunyi Kinabatangan. Aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pun selain kami berenam tentan ekspidisi ini. Mungkin sebab itulah aku tidak mendapat sebarang amaran daripada sesiapapun.

’Eh, tapi korang, bole tak aku pun nak sertai korang sepanjang ekspidisi ini. Bukan apa, memang nenek aku ada menceritakan tentang mitos ini, tapi korang tau-tau jela kat Sabah nih kan memang banyak mitos. Jadi apa salahnya jika aku berjaya buktikan antara banyak-banyak mitos yang ada kat Sabah ni adalah benar. Teringin jugak aku.’, rayu Adrianna dengan penuh harapan. Pada aku , aku tidak kisah sangat tentang keinginan Adrianna untuk menyertai ekspedisi kami. Aku pun perlukan penduduk tempatan untuk memudahkan urusan teutamanya urusan yang melibatkan komunikasi memandangkan penggunaan bahasa yang agak berbeza daripada masyarakat di Semanajung tanah air.

Penterjemahan bahasa memang amat penting bagi mengelakkan kesalahan mentafsir makna sebenar sesuatu istilah dan sebagainya. Lagipun Adrianna semestinya akan faham dialek penduduk tempatan di sini.Tapi aku perlu berbincang dahulu bersama ahli kumpulan yang lain bagi mengelakkan salah faham dia antara kami. Persefahaman amat penting apabila bekerja di dalam kumpulan. Bersatu teguh bercerai roboh. Aku pernah bekerja bersama Eddie, Zetty dan Suzie di dalam satu kumpulan. Jadi aku begitu arif sangat tentang makna persefahaman setelah peristiwa yang mengecewakan aku dahulu.

Puas aku berfikir apakah masalah sebenar yang telah terjadi di antara Zetty dan Eddie. Pelbagai andaian telah aku andaikan namun itu semua hanya memenatkan dan menyaratkan fikiran aku semata-mata. Niat di hati ingin membantu tema-teman yang bersa di dalam kekusutan dan melraikan apa yang terimpul namun tiada cahaya yang aku temui. Hanaya jalan buntu di hadapanku. Sudah pelbagai cara aku gunakan untuk mengorek rahsia pergaduhan yang tercetus di antara mereka namun aku tetap gagal. Lebih banyak aku bertanya kepada mereka lebih banyak alasan yang aku terima. Masing-masing tidak mahu mengalah dan menceritakan hal sebenar. Biarlah rahsia katanya.

Sesungguhnya manusia hanya mmpu merancang sedangkan Allah yang menetukan segalanya. Eddie menghantar pesanan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepadaku. ’Liya, aku nak mintak tolong sangat dengan ko ni, Aku dah tak mampu lagi nak menanggung beban ni. Dah la dengan study ke laut, pastu problem plak dengan Zetty. Aku mintak sangat ko bole pimpin aku keluar daripada segala masalah ini. Walaupun ko prejudis kepada aku, tapi aku tahu ko pasti akan tolong aku kan. Please Liya!’. Sementelah aku habis membaca SMS yang pertama tuh tetiba SMS kedua daripada Eddie muncul di skrin hand phone Motorola V3 aku. ”Aku tunggu ko kat tasik kul 5 hari ni!’.

Kepalaku ligat berfikir, ’macam besar ajer macalah depa berdua ni. Siap mintak tolong pimpin tuh. Habis la air sembahyang aku kalau cenggini! Apa yang tak kena sebenarnya? Perlu ke aku pergi jumpa mamat Dol petang karang nih? Jangan nak wat drama Slot Akasia sudah la. Karang tak pasal plak TV3 saman aku sebab Slot Akasia yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6 petang turun ranking semata –mata drama airmata Zetty – Eddie ni.

Aku tiba sepuluh minit awal di taman tasik UTM yang indah itu. Udara nyaman memang menyegarkan . Tasik UTM inilah tempat reksreasi kebanyakan pelajar-pelajar UTM samada untuk beriadah, bersukan, menenangkan fikiran sementelah bercinta pun di tasik ini. Kebiasaannya aku akan muncul di tasik ini untuk menenangkan fikiran yang berserabut dan kadang-kadang untuk memberikan makanan atau roti Gardenia aku yang dah expired kepada ikan-ikan di dalam kolam tu. Begitulah rutin aku. Namun kedatangan aku pada hari ini amat berbeza sekali. Aku datang dengan harapan. Aku datang atas permintaan. Aku datang untuk kebaikan bersama.

Eddie sampai dengan kapcai kegemarannya. Parking motorsikal di kawasan parkir yang disediakan. Dari kejauhan sudah terpancar raut wajah yang penuh kegusaran. Sekali difikir memang aku tak nak jadi kaunselor ni. Susah tu nak bagi nasihat kepada orang alin sedangkan diri sendiri pun tidak terurus. Namun demi teman-teman aku gagahkan jugak untuk menerobos dan membolosi lohong-lohong juga ruang-ruang masalah yang dicipta oleh diri mereka sendiri. Bak kata Zizan, ’Bersedia atau tidak Kita bolos saja dinding itu!!’. Itulah fenomena yang perlu aku hadapi pada saat ini.

Aku melambaikan tangan menyapa Eddie. Hayunan langkah kakinya begitu lemah sekali. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Begitulah ibaratnya sekali pandang aku sudah tahu Eddie tentunya menanggung bebanan yang berat di bahunya sehingga tidak terdaya lagi untuk menanggungnya. Eddie perlahan duduk di sebelah kananku. Aku hanya mampu tersenyum tawar kepadanya. Tiada manis lagi yang terukir di bibirku dek kehabisan glukosa. Bekalan dah habis. Lagipun dah nak hujung semester macam ni tentunya duit poket mula ringan. Aku mempelawa Eddie air kosong cap Blue yang baru aku beli di dalam perjalan ke sini. ”Geleng sahaja, cam tak der mood jer beb! Rileks la, semua problem mesti ad jalan penyelesaiannya.”, aku saja mengusik Eddie bagi menghilangkan sedikit rasa tension yang bersarang di kepalanya itu.

Diam sahaja dari tadi. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut Eddie. Dia membisu sahaja. Aku pun menanti sahaja kerana bagiku dia yang perlu mulakan perbualan ini, bukan aku. Aku akan menanti sehinggalah dia betul-betul bersedia untuk berkongsi segla masalahnya itu. Tiada paksaan. Biarlah dia bertenang setenang air di tasik sekarang ini. ’ Liya, aku rasa bersalah sangat kepada Zetty. Aku pun tak tahu macam mana semua ini boleh berlaku. Semuanya di luar dugaan aku.’, itulah ayat pertama yang berjaya diungkapkan oleh Eddie. Akhirnya dia berjaya juga mengatasi ketakutan yang menghuni jiwanya kini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: