Bonus 1TM

Published April 15, 2010 by Qiss FendiYana

15 April 2010  

Semalam dapat pekeliling drp Dato’Zam…Gle pening aku baca statement beliau….Pembahagian bonus adalah secara individu dan mengikut bahagian bagi yang dapat Tahap 3 la…Macam mana nak kira tuh….Macam2 speculation ada….Siap pengiraan tahap gaban la..Konon2nya paham sgt la statement from CEO tuh…Aku haram x paham aper….Lantak dia la nk kira cam ner….Janji ble check akaun ada hasilnya..Bole la buat modal pindah umah nnt…Byk nk kena settle tuh…termasuk renovation dan segala macam bil…huhuhu….Satu lagi persoalan : Apa kaitan 1TM dgn cara pembahagian bonus cenggini…Secara ringkas macam gini la bunyinya: 

 
Rakan-rakan sekalian,   

Pada masa-masa sebegini, perbualan kita banyak berkisar kepada bonus 2009. Seperti yang saya sebutkan semasa Sesi Jom Bersama yang lepas, walaupun 2009 adalah tahun yang sukar, namun kita tetap mencatatkan beberapa pencapaian penting. Dan kini tibalah masanya untuk kita memberi ganjaran sewajarnya kepada mereka yang layak. Pengagihan bonus untuk tahun 2009 telah diperhalusi untuk memenuhi dua matlamat utama prestasi dan ganjaran, iaitu pemikiran satu syarikat “1TM” yang menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya pencapaian bersama; dan diikuti pula dengan pembezaan pengagihan ganjaran berdasarkan prestasi bahagian dan seterusnya prestasi individu dalam bahagian. Pertama, ingin saya umumkan bahawa pengagihan bonus baru 2009, yang saya namakan sebagai ‘Bonus 1TM’, adalah sejajar dengan pemikiran satu syarikat sepertimana yang digariskan dalam COOL kita. Kedua, sebagai tambahan kepada “Bonus 1TM” ini, semua anggota eksekutif yang mendapat prestasi Tahap 3 untuk 2009 bakal menerima pembayaran bonus tambahan yang akan menjadikan jumlah bonus seseorang itu di antara 1.11 bulan ke 2.57 bulan, bergantung kepada prestasi bahagian dan  individu.  Namun begitu bagi membezakan mereka yang berprestasi tinggi, anggota eksekutif yang mencapai prestasi Tahap 4 atau 5 akan menerima bonus pada kadar 1.5 atau 2 kali lebih daripada rakan-rakan mereka yang mendapat prestasi Tahap 3. Walau bagaimanapun selaras dengan pendekatan ganjaran berasaskan prestasi seperti amalan sebelum ini, eksekutif yang mendapat prestasi tahap 1 tidak akan menerima bonus manakala mereka yang mendapat prestasi tahap 2 pula akan dibayar bonus nominal sebanyak 0.5 bulan.  Untuk anggota bukan eksekutif yang tidak berada di dalam mana-mana skim ganjaran berasaskan prestasi, mereka akan menerima bonus sebanyak 1.7 bulan, iaitu suatu jumlah yang lebih tinggi berbanding pembayaran untuk tahun 2008.Bonus untuk tahun 2009 dijangka akan dibayar pada 29 April 2010.Dalam usaha untuk mengharungi cabaran perniagaan yang kian hebat pada tahun ini, saya menyeru agar kita semua terus berusaha untuk mempertingkatkan prestasi syarikat ke arah yang lebih menguntungkan dengan menggunakan segala sumber yang ada.  

 
 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: