Diet Gle Org Melayu???? Ke arah Diabetes

Published October 13, 2010 by Qiss FendiYana

13 Oct 2010

Hari nih aku dpt chained email pasal DIET GILE ORG MELAYU….. Hati aku berdetik, kenapa mesti Melayu??? Tidak berpendidikan sangatkah org melayu pasal diet ni….Jom kita ikuti rencana seorang insan ni….Lepas tuh Fiirlah sendiri….

Semalam saya diberi kesempatan untuk menemui seorang wanita yang saya namakan sebagai Minah (bukan nama sebenar). Saya baru sahaja mengetahui Minah ini menghidap penyakit diabetes yang serius dari seorang rakan saya. Minah kini mengalami luka dikaki yang serius yang sukar sembuh walau pun sudah menjangkau lebih dari sebulan diubati. Begitulah pesakit diabetes, kalau luka sikit sukar sembuh dan boleh mengakibatkan kaki di potong.

Beberapa minggu yang lalu saya sempat memberitahu kepada Minah agar datang ke rumah saya untuk berbincang tentang masalah diabetesnya. Namun begitulah apabila Allah SWT tidak mahu memberikan rahmat kepada seseorang, pesanan yang baik bakal diabaikan begitu sahaja kerana sesungguhnya saya tidak mampu memberikan rahmat kerana hanya Allah SWT yang mampu memberikannya.

Dalam kesempatan yang singkat bertemu Minah semalam, saya teringin sangat untuk mengetahui apakah punca permakanan yang mengakibatkan Minah ditimpa penyakit diabetes. Dari temubual singkat tersebut, berikut adalah maklumat yang diperolehi:

1. Umur lewat 40an. Menghidap Diabetes 16 tahun lalu ketika usia awal 30an.

2. Suka dan kerap makan mee kuning

3. Tidak suka makan nasi sehingga sekarang semenjak hampir 20 tahun lepas.

4. Gemar makan roti canai, roti dan segala macam kuih yang dibuat dari tepung gandum (bleached flour).

5. Teramat gemar dan kerap makan kacang tanah dan pelbagai kacang lainnya

6. Teramat gemar dan kerap makan organ dalaman hati dan paru-paru

7. Hampir tidak makan sayur kerana menurut Minah tidak mengapa kerana beliau menggantikannya dengan memakan buah-buahan

8. Gemar makan durian, mata kucing siam / longan siam, duku

9. Gemar dan kerap makan pulut, keledek, ubi, keladi dan kentang

10. Gemar kacang buncis

11. Gemar makan junk food seperti twisties dsbnya.

Saya berhenti sekadar ini kerana kesuntukan masa. Mungkin ada lagi makanan-makanan atau minuman lain yang menjadi punca penyakit diabetes yang dialami Minah ini.

Saya amat terperanjat melihat diet GILA seperti ini. Di kalangan pelajar UTM pun semakin ramai yang menggemari diet gila seperti makan tengahari dengan kentang goreng dan chicken chop. Ada juga yang gemar makan burger sahaja untuk makan tengahari dan malam. Ada pula yang sekadar makan mee magi. Saya mengkategorikan diet seperti ini sebagai diet gila kerana kesan dari diet seperti ini adalah amat parah sebagaimana masalah diabetes yang dihadapi oleh Minah.

Selepas mendapat maklumat sebagaimana di atas, saya menyoal Minah “suami adakah turut sama meminati diet seperti ini?”

Minah kata “suami makan macam orang biasa Cuma saya saja yang tak minat makan nasi”.

Saya mengatakan kepada Minah bahawa suaminya bakal menghidapi diabetes juga sekiranya beliau mengamalkan diet yang serupa. Itulah sebabnya ramai pasangan suami isteri hari ini menghidap diabetes kerana masing-masing mengamalkan diet yang serupa. Cuma yang lebih dahulu mengalami diabetes antara suami isteri ini adalah mereka yang lebih teruk mengamalkan amalan diet buruk tersebut. Arwah bapa mertua saya dahulu lebih awal menghidap diabetes dan setelah beberapa tahun kemudian barulah disusuli oleh arwah ibu mertua saya.

Seterusnya saya menyatakan kepada Minah bahawa mana-mana anaknya yang mengamalkan diet yang sama atau hampir sama juga bakal menghidap diabetes dan mungkin pada usia yang lebih muda. Saya menasihati Minah agar berubah segera kerana diet gila yang diamalkan sudah merosakkan dirinya dan seterusnya bakal merosakkan anak-anak dan generasi seterusnya.

Saya juga berkata bahawa melihat kepada keseriusan (seriousness) kes Minah ini dan melihat kepada kaki yang sudah membengkak, saya menjangkakan bahawa mungkin dalam tempuh tidak sampai dua tahun Minah akan terpaksa menjalani dialysis akibat kegagalan buah pinggang. Minah sempat menyampuk bahawa doktor beliau juga mengatakan perkara yang sama. Saya Alhamdulillah juga sempat menakutkan Minah tentang proses dialysis sebanyak tiga kali seminggu sampai mati sekiranya beliau terpaksa menjalaninya. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menyuruh beliau berubah.

Bagi penggemar mee kuning, roti, roti canai dan segala kueh mueh yang dibuat dari tepung gandum putih, bacalah artikel saya bertajuk “Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached)” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/217 . Tepung putih ini kalau dimakan sekadar tempuh beberapa tahun sahaja dalam kuantiti yang kecil dan tidak kerap mungkin belum membahayakan tetapi apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak serta kerap dan berterusan dalam jangka masa lama, penyakit yang menanti anda adalah diabetes atau gout atau arthritis atau masalah buah pinggang.

Saya sempat menceritakan kepada Minah tentang fakta berkaitan tepung gandum putih ini. Produk dari tepung putih ini boleh digantikan dengan spaghetti, macaroni , capati, roti whole meal dan segala produk yang menggunakan tepung gandum asli yang tidak diputihkan dengan bahan kimia benzoyle peroxide. Cekodok kegemaran Minah bolehlah digantikan resepinya dengan menggunakan tepung ata yang digunakan oleh orang Singh atau India untuk membuat capati.

Satu ilmu salah / songsang yang diterapkan melalui mata pelajaran sains di sekolah adalah bahawa fungsi sayur dan buah-buahan adalah sama iaitu sekadar membekalkan mineral, vitamin, karbohidrat dan serat untuk memudahkan buang air besar. Dari pengajaran ilmu sains yang cacat ini ramai orang menjangkakan bahawa pengambilan sayur-sayuran boleh digantikan oleh buah-buahan. Inilah ilmu sesat / songsang masa kini yang sudah banyak diamalkan oleh umat Melayu. Mereka lebih gemar makan buah-buahan dari memakan sayuran. Walhal sayur-sayuran adalah jauh lebih penting berbanding buah-buahan kepada kesihatan tubuh badan. Sayuran pahit tidak dapat sama sekali digantikan oleh makanan lain!!

Sayuran pahit adalah amat penting kepada tubuh badan dan itulah sebabnya orang Cina gemar makan peria bukan kerana ia sedap tetapi kerana amat penting kepada tubuh badan. Orang Cina juga menggemari sayur kailan yang pahit bukan kerana ia sedap tetapi kerana khasiatnya. Kini orang Melayu terutama sekali kanak-kanak sudah tidak lagi makan sayuran yang berkhasiat seperti sawi, kailan, daun ubi, jantung pisang, pegaga, peria, peria katak, ulam raja, kacang botor, tenggek burung, daun selon, kacang panjang, pucuk betik, pucuk gajus dsbnya. Bagi setengah orang memadailah dengan memakan sayur taugeh, kobis, bayam dan bunga kobis. Tentang kobis tu, bacalah artikel saya bertajuk “Jangan makan kobis” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/5 . Bayam memanglah tidak pahit dan sedap tetapi bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, diet bayam perlu dielakkan sama sekali kecuali bayam pasir. Begitulah juga dengan bunga kobis dan kacang buncis yang juga perlu dielakkan.

Bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, buah durian, mata kucing siam / longan, duku, limau Sunkist, limau kasturi adalah perlu dielakkan sama sekali . Buah manis seperti durian, rambutan dan ciku hanya akan memburukkan masalah penyakit-penyakit ini. Pengambilan limau seperti limau Sunkist dan limau kasturi juga menjadikan penyakit-penyakit ini semakin parah. Perlu diingat bahawa darah mereka yang menghadapi masalah gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang adalah sudah berada dalam keadaan berasid. Pengambilan bahan berasid seperti limau Sunkist dan limau kasturi akan menambah keasidan darah dan menjadikan tubuh semakin tidak sihat kerana darah orang sihat sepatutnya berada pada sedikit beralkali. Itulah sebabnya memakan sayuran pahit adalah amat baik kerana ia menambahkan kealkalian darah.

Selain masalah diabetes yang dialami Minah, beliau juga mengalami masalah sakit pada dada sebelah kiri iaitu pada lokasi jantung dan sudah agak kerap. Simptom ini adalah symptom bagi masalah jantung. Apabila seseorang gemar makan kentang goreng seperti potato chip atau French fries serta gemar pula makan makanan merapu, tunggulah, sampai waktunya jantung anda akan bermasalah!!! Penyakit jantung.

Allah memberikan manusia penyakit adalah untuk mendidik manusia agar kembali kepada Allah. Begitulah apabila manusia lari dari Allah, Allah menarik kita kepadanya salah satunya melalui penyakit. Apabila Allah SWT memberikan penyakit diabetes kepada seseorang, siapalah saya dan saya sememangnya tidak mampu memulihkan. Seandainya Allah memberikan diabetes lalu saya pula mampu memulihkan penyakit ini, maka saya sudah setaraf dengan Allah SWT, nauzubillah…. Itulah sebabnya apabila orang minta nasihat tentang penyakit diabetes ini, saya akan menyelidik tabiat diet seharian dan yang paling penting menyelidik perlanggaran hukum dalam agama Islam. Apabila seseorang mengenalpasti kesilapan lalu bertaubat disamping mengamalkan pantang larang dan juga mengambil ubat serta Allah SWT redha maka Allah SWT sahajalah yang mampu menyembuhkannya.

Sekian wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: