Berita Best!!!

Published October 27, 2010 by Qiss FendiYana

27 Oct 2010

50 meracau diserang histeria

JOHOR BAHRU: Akibat membuka pintu tandas dikunci lapan tahun di tingkat dua sebuah sekolah menengah di Masai di sini, seramai 50 pelajar dan seorang kakitangan meracau akibat diserang histeria sejak seminggu lalu.

Kejadian histeria yang berulang di sekolah berkenaan bertambah serius apabila ada pelajar perempuan menjejerit serta cuba melarikan diri sebelum ditahan rakan dan guru.

Malah, bagi mengatasi masalah itu semalam, kira-kira 10 kakitangan sekolah dengan bantuan pengamal perubatan tradisional berikhtiar memulihkan keadaan dalam operasi pembersihan sekolah daripada gangguan makhluk halus.

Seorang bapa pelajar yang dikenali sebagai Ramli, 40-an, berkata sejak pintu tandas berkenaan dibuka, pelbagai kejadian misteri dan aneh menyelubungi bangunan sekolah itu.

Beliau berkata, anaknya yang belajar di tingkatan empat di sekolah berkenaan juga menjadi mangsa histeria hingga terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari.

Menurutnya, dia difahamkan, kejadian itu berlaku selepas beberapa pelajar sekolah berkenaan terlihat ada lembaga putih menjelma dan terbang di depan mata ketika sesi perhimpunan.

Katanya, difahamkan, sehari sebelum kejadian, beberapa kakitangan sekolah mengakui terlihat lampu di sebuah bilik di tingkat tiga bangunan berkenaan menyala sendiri walaupun sudah lama rosak dan belum dibaik pulih.

“Ketika kejadian pertama dan kedua, sekolah menghubungi saya sebelum anak dibawa pulang ke rumah.

“Saya dan beberapa ibu bapa juga menyaksikan kejadian yang berulang hampir setiap pagi itu dan membantu guru bagi menahan pelajar yang cuba lari dan pengsan secara tiba-tiba selepas histeria,” katanya.

Sementara itu, ketua pengamal perubatan dikenali sebagai Mek, 45, mendakwa pelbagai makhluk halus didapati menghuni di sekitar bangunan.

Menurutnya, lebih 100 botol kaca dan garam disediakan bertujuan memerangkap dan membersihkan kawasan berkenaan daripada gangguan makhluk halus berkenaan.

Katanya, pembersihan juga dilakukan di seluruh bangunan sekolah.

“Kami menasihati pelajar Islam membaca surah Yasin selama seminggu,” katanya semalam.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Samadi Duriat ketika dihubungi enggan mengulas perkara terbabit dan menyatakan sudah dimaklumkan pada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang. Jurucakap PPD berkata, pihaknya menerima maklumat permasalahan itu dan memantau perkara itu sejak kejadian berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: