Day 2 – MH 370 Hilang

Published March 9, 2014 by Qiss FendiYana

Kenapa aku update blog pasal MH 370 ni?…

Tujuannya supaya aku tidak lupa yang Malaysia pernah ditimpa tragedi pelik dan komplek mcm ni…. macam kes Altantuya Sharibu etc.. cuma masa kes Altantuya aku belum create blog…hanya tercatat di diari aku saja la… since dah ada online diary bole la catat sume kat sini.. okey babeh!

Day 1: MH 370 dilaporkan hilang daripada radar komersil. Dilaporkan juga seramai 239 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat.

Majoriti penumpang adalah warganegara China. Pesawat tersebut dilaporkan hilang daripada radar selepas 2 jam berlepas drp KLIA iaitu pada jam 12.41 pagi… Pesawat berkenaan sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi waktu Malaysia. Walau bagaimanapun hal berkenaan tidak berlaku.

Difahamkan pesawat berkenaan dibekalkan minyak untuk tempoh perjalanan selama 7 jam.

Day 2: Dilaporkan juga MH 370 berpatah balik sebelum hilang daripada radar komersil iaitu radar Subang dan Ho Chi Minh. Isyarat Pesawat tersebut dapat dikesan oleh radar TUDM dan berkemungkinan besar telah berpatah balik ke destinasi asal iaitu KLIA ataupun bergerak menuju ke barat Malaysia. Lokasi SOS diperluaskan sehingga ke Selat Melaka.

Dilaporkan juga, terdapat kesan tompokan tumpahan minyak dikesan di perairan pantai Tok Bali, Kelantan. Pihak berwajib telahpun mengambil sampel tumpahan minyak untuk tujuan pengesahan.

Spekulasi berhubung kehilangan pasport milik warga Eropah di Thailand dua tahun lalu telahpun disahkan bahawa penumpang berkenaan tidak menaiki pesawat MH 370. Pihak berwajib masih lagi di dalam proses mengenal pasti identiti kedua2 penumpang tersebut bagi menolak dakwaan pihak tertentu terhadap isu pengganas dan rampasan pesawat.

Walau apa pun yang berlaku, doakan MH 370 selamat….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: