Informatif Section??

All posts in the Informatif Section?? category

Rahsia Perniagaan?????

Published February 20, 2012 by Qiss FendiYana

20th February 2012

Terbaca satu artikel yang menarik dan ada kebenarannya…Terus aku terpanggil utk share dgn semua…Renung-renungkan? Kenapa kita teramat berbeza dengan mereka? Berapa percent drp mereka yg betul2 makan gaji…the rest buat ape ye?

Aku selalu tertanya-tanya kenapa kaum mereka muda2 lagi dah pakai kereta besar, ada rumah besar, ada life yg stabil… Kenapa? Adakah ibu bapa mereka support habis-habisan….atau kerana mereka rajin berbisnes….atau kerana meraka kahwin lambat? Kita pun kawin lambat, tp x kaya2 jugak…masih dok kais bulan makan bulan..Terasa macam tertinggal 3-4 langkah di belakang mereka…

Jom kita teliti rahsai mereka? Jadikan pengajaran!!

Advertisements

Untuk Diamalkan Bersama2

Published February 3, 2012 by Qiss FendiYana

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah – Ayat 102

Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah

Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak k awin lain Surah Toha – Ayat 39 – mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah

1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

SUBHANA’LLAH ALHAMDULI’LLAH LAA I LAAHA ILLA’LLAH ALLAHU AKBAR ASTAGHFIRU’LLAH LAA ILAAHA ILLA’LLAH, MUHAMMADUR RASULU’LLAH ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ‘ ALASAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA’EEN

Doa Pendinding

Published February 3, 2012 by Qiss FendiYana

Terhindar Daripada Bahaya

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Bacalah 3 kali sebelum masuk Rumah
Bacalah 3 kali sebelum masuk Rumah

Jadual/ Carta Pregnancy – 99% Accurate

Published February 2, 2012 by Qiss FendiYana

Info ni disedekahkan oleh Pn.Sara yang teramat excited dalam hal-hal berkaitan kelahiran ni…Setakat ni calculation appplied mmg menepati fakta ini… Dengar ceritanya formula ini dijumpai oleh pakar kaji purba yang mengkaji sejarah Negara China…Zaman Dinasti mana aku pun x wat research lagi…yang pasti cendiakawan purba Cina menggunakan Jadual ini untuk menentukan jantina anak-anak mereka dia zaman dahulu kala….Patutlah org kata, Kalau nk belajar biarlah sampai ke Negeri China bukannye ke USA….itu pepatah dulu…Pepatah skg plak mengatakan,Kalau belajar biarlah sampai Form 5 jer…hua hua hua….tgk la remaja skg sume nk belajar setkat lulus SPM jer then sibuk g shuffle sana sini…Yang betul-betul nak belajar tu berapa kerat sgt…Kalau dah bole sambung belajar ke universiti pun x semestinya bole grad….sebabnya sibuk dok g clubbing sana sini then mabuk-mabuk..Kalu ada yang advance skit pun amik E,Ice etc…mmmmhhhh…tu la budak-budak zaman skg…Millenium….

Cubalah Check Sendiri
Cubalah Check Sendiri

Kakak Iparku Ajak Ngumpat!!

Published November 30, 2010 by Qiss FendiYana

30 Nov 2010

Sharing is Caring

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

 Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. (‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

 Caranya: Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

 (35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

 (37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

 (38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Sekian. dah habis aku ngumpat dgn kak iparku….best kan????

Sharing: 5 Amalan sebelum Ke alam Barzakh

Published November 16, 2010 by Qiss FendiYana

16 Nov 2010

Seruan dari alam Barzakh:

1- Aku rumah terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca al-Quran

2- Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam

3- Aku rumah yang penuh debu dan tanah, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan

4- Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya

5- Aku rumah pertanyaan Munkar dan nankir, maka banyaklah bacaan La ila ha illalah, Muhammadur Rasulullah.

Renungilah Bersama

%d bloggers like this: